My Add

Monday 13 August 2012

Bantut usaha tarik lebih banyak FDI

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Ogos, 2012: Isu kebocoran maklumat peribadi pelanggan bank kepada pihak ketiga dilihat mampu membantutkan usaha kerajaan untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) jika tidak ditangani segera.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Building Society Bhd. (MBSB), Datuk Ahmad Zaini Othman berkata, permasalahan tersebut bukan sahaja memberi kesan terhadap imej institusi perbankan sahaja tetapi ia turut menjejaskan imej negara di mata pelabur asing.

"Jika maklumat peribadi pelanggan dengan sewenang-wenangnya didedahkan oleh sesiapa pun termasuk kerani bank, sudah pasti pelabur akan takut untuk melabur di Malaysia.

"Undang-undang yang jelas sudah ada bagi menyekat kebocoran maklumat itu dengan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 tetapi sekiranya Bank Negara tidak bertindak tegas, masalah ini akan terus membarah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment