My Add

Wednesday 15 August 2012

Bayi 6 bulan diselamatkan jiran dalam kebakaran

Oleh ANI AWANG
BUTTERWORTH, RABU, 15 Ogos, 2012: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan kini kritikal akibat melecur teruk setelah rumahnya di tingkat 4 Flat Mak Mandin di sini terbakar pagi ini.

Kejadian berlaku pukul 10.36 pagi ketika Y. Meysshvin sedang tidur dalam buaian apabila api dipercayai dari tempat sembahyang di rumah itu terjatuh dan menyebabkan kebakaran.

Bagaimanapun, bayi itu yang melecur 70 peratus di muka dan badan diselamatkan oleh jirannya.

Ketika kejadian, bayi itu ditinggalkan oleh ibu bapanya bersama seorang pengasuh yang keluar membeli barang di tingkat bawah flat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment