My Add

Wednesday 15 August 2012

Bekas pekerja bank didenda RM8,000, pindah wang

PETALING JAYA, SELASA, 14 Ogos, 2012: Gara-gara memindahkan wang RM40,000 milik pelanggan bank ke akaun pelanggan lain tanpa kebenaran tahun lalu, seorang bekas eksekutif bank didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nazri Omran menjatuhkan hukuman itu ke atas Arokia Martin Junior, 32, selepas lelaki itu menukar pengakuan bersalah atas pertuduhan itu.

Nazri turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Junior yang merupakan bekas eksekutif bank HSBC, didakwa bersama-sama dua lagi tertuduh memindahkan wang dalam akaun milik Jason Chan Ling Khee, 41, ke dalam akaun milik Hamzah Abdullah, 35, kedua-duanya pelanggan bank HSBC.

Bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di HSBC Bank Malaysia Bhd., Ground Floor Wisma UEP, Jalan USJ 10/1A Subang Jaya dekat sini, pada pukul 1.31 petang, 24 Ogos 2011. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment