My Add

Tuesday 14 August 2012

Bekas pelajar China kesal Namewee kutuk Lin Dan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Sekumpulan bekas penuntut dari China yang pernah belajar di Malaysia meluahkan rasa kesal terhadap rakaman video yang dihasilkan pemuda kontroversi, Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee kerana mengutuk pemain nombor satu negara mereka iaitu Lin Dan.

Persatuan Alumni Pelajar China di Malaysia menyifatkan klip video yang kini tersebar di laman YouTube adalah keterlaluan dan melampau kerana menghina peribadi individu yang banyak kali mengharumkan negara mereka.

Presiden persatuan itu, Huang Bin mendakwa, ramai penduduk China kini marah dengan tindakan Namewee yang mengutuk Lin Dan secara peribadi dengan menggunakan bahasa yang kesat.

"Video itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana ia mungkin menjejaskan hubungan kedua-dua pihak. Ramai penduduk China sukakan (Datuk) Lee Chong Wei dan perlawanan akhir acara perseorangan badminton Sukan Olimpik baru-baru ini diiktiraf sebagai pertandingan kelas dunia," katanya pada sidang akhbar di pejabat persatuan itu di Jalan Loke Yew di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment