My Add

Sunday 12 August 2012

Berhati-hati ketika membeli-belah

KUALA LUMPUR, AHAD, 12 OGOS, 2012: Dalam keghairahan orang ramai terutama kaum wanita membeli-belah di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India di sini, mereka diingatkan agar tidak leka dengan perbuatan jenayah seperti menyeluk saku dan ragut.

Anggota Jawatankuasa Biro Keselamatan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR, Abdul Rahman Sulaiman menasihati kaum wanita agar tidak memakai barang kemas dan berharga serta membawa beg tangan yang terlalu besar kerana ia boleh mengundang bahaya.

"Kita telah tangkap beberapa warga asing yang menoreh beg tangan pengunjung dengan menggunakan pisau kecil dan mencuri barangan berharga seperti telefon bimbit dan beg duit.

"Saya anggarkan antara 30,000 hingga 40,000 pengunjung datang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India bagi membuat persiapan Hari Raya dan mereka datang seawal pukul 8 pagi,” katanya kepada Bernama.

Abdul Rahman berkata anggota persatuannya bergilir-gilir bertugas di kedua-dua kawasan tersebut bagi memastikan keselamatan pengunjung. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment