My Add

Monday 6 August 2012

BN akan cadang Unisel jadi IPTA

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
KUALA SELANGOR, AHAD, 05 Ogos, 2012: Barisan Nasional (BN) akan mencadangkan agar Universiti Selangor (Unisel) dinaik taraf sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekiranya parti itu berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Abdul Razak berkata, langkah itu akan membolehkan Unisel diselia di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sekali gus dapat mengembalikan kegemilangan universiti tersebut.

Katanya, sejak kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengambil alih kerajaan negeri pada 2008, Unisel mengalami kemerosotan dari pelbagai segi dan disebabkan itulah cadangan tersebut dianggap perlu agar universiti tersebut mendapat pembelaan sewajarnya.

“Sekiranya Unisel dinaik taraf kepada IPTA dan diselia oleh kerajaan Pusat, ia akan mendapat dana lebih besar, sekaligus mengembalikan kegemilangan universiti tersebut yang pretasinya sedang jatuh merudum ketika ini," katanya kepada pemberita selepas Program Pemeriksaan dan Penjagaan Mata di Pejabat ADUN Permatang di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment