My Add

Thursday 16 August 2012

BN Selangor tunjuk bukti arahan Abass


*MOHD. Zin Mohamed menunjukkan surat arahan kurangkan pengeluaran air terawat pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM. RABU, 15 Ogos, 2012: Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengemukakan tiga salinan dokumen bagi membuktikan Konsortium Abass Sdn. Bhd (Abass) ada mengarahkan supaya pengeluaran air terawat dikurangkan daripada 145 juta kepada 120 juta gelen sehari tahun lalu.

Salah satu salinan dokumen itu merupakan memorandum kepada Ketua Pegawai Operasi Abass, Ir. Abass Abdullah manakala dua lagi merupakan surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Teo Yen Hua dan CEO Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Datuk Ruslan Hassan.

Sambil menunjukkan salinan dokumen yang menggunakan kepala surat Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) itu, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, kesemuanya ditandatangani Pengarah Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB), Suhaimi Kamaralzaman pada 29 Disember 2011. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment