My Add

Thursday 16 August 2012

Budak hampir putus jari



*SITII Aisyah Mat melihat tangan anaknya, Mohd. Iskandar Azaki Mat Rudin yang hancur jari manis akibat bermain mercun bola di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, semalam.
-- foto BERNAMA

Oleh YATIMIN ABDULLAH
KOTA BHARU 15 Ogos - Laporan akhbar berkaitan kes kecederaan akibat bermain mercun yang disiarkan sejak akhir-akhir ini nampaknya masih belum memberikan pengajaran kepada segelintir individu.

Ini kerana kejadian sama terus berlaku dan seolah-olah tiada penghujungnya apabila seorang lagi kanak-kanak berusia sembilan tahun menjadi mangsa terbaru angkara bermain mercun.

Mohd. Iskandar Azaki Mat Rudin hampir putus jari manis kanan apabila mercun bola yang dipasang tiba-tiba meletup sebelum sempat dibuang.

Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini selepas jarinya hampir terputus dalam kejadian pukul 3 petang ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment