My Add

Tuesday 7 August 2012

Chong Wei belum fikir Olimpik Rio De Janeiro 2016

Razali: Mano tak wajar kritik Chong Wei
 *CHONG Wei (tiga, kanan) disambut meriah oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim (empat, kiri). -foto BERNAMA

Oleh BORHAN ABU SAMAH
KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Ogos. 2012:  Datuk Lee Chong Wei yang baru pulang dari Olimpik London selepas menggondol pingat perak acara badminton, belum memikirkan sama ada beliau akan beraksi di Olimpik Rio De Janeiro pada 2016.

Menurut Chong Wei, beliau akan memberi tumpuan kepada sirkit kejohanan dunia lain, tetapi belum memikirkan untuk beraksi di satu lagi sukan Olimpik.

Chong Wei ketika ditemui pemberita semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur juga menyatakan rasa terharu dengan sambutan ratusan penyokong beliau yang melaung nama jaguh badminton negara itu.

Dalam pada itu Chong Wei enggan mengulas ketika ditanya tindakan pemimpin pembangkang dari DAP, M. Manoharan yang memperlekeh semangat juang yang ditunjukkan oleh beliau.

Sementara itu Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh mengakui adalah sukar untuk mencari pengganti Chong Wei pada masa ini untuk mewakili Malaysia ke sukan Olimpik pada 2016.

Menurut beliau, BAM boleh melahirkan pemain badminton bertaraf dunia melalui rejim latihan tertentu, tetapi untuk menjadi jaguh yang mampu memenangi kejohanan dunia ia memerlukan bakat dan potensi atlet itu sendiri.

Masalah itu, jelas beliau, bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, bahkan negara China dan Indonesia yang merupakan kuasa badminton dunia, yang tidak dapat mencari pengganti Lin Dan dan Taufik Hidayat.

Sehubungan itu, ujar Nadzmi, beliau mahu persatuan peringkat negeri supaya lebih agresif mencari dan mengenal pasti bakat-bakat baru dalam sukan badminton untuk diketengah. - UtusanOnline

No comments:

Post a Comment