My Add

Monday 6 August 2012

Dedah segera laporan kewangan Unisel - NGO

KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Ogos, 2012: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Selangor, mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim segera mendedahkan kedudukan kewangan Universiti Selangor (Unisel).

Ia perlu dilakukan selepas Unisel didakwa berhutang dengan Syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) bagi mengendalikan asrama pelajar di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, dakwaan itu jelas menunjukkan terlalu banyak kelemahan dalam pentadbiran sehingga kedudukan kewangan Unisel semakin kritikal.

Malah, katanya, kedudukan kewangan Unisel juga boleh dipersoalkan kerana para pelajar telah membuat pembayaran yuran melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

‘‘Sehingga kini Menteri Besar masih gagal mendedahkan laporan audit yang kononnya akan siap pada Ogos. Kita harap isu pembayaran yang tidak dapat dilakukan kepada pengurusan asrama selama hampir 17 bulan dapat dimasukkan dalam laporan audit itu nanti," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment