My Add
Tuesday 14 August 2012
Demi cinta, wanita nekad lindungi teman lelaki Afrika
*TIGA pegawai penguat kuasa cuba menenangkan lelaki warga Afrika yang meronta ketika ditahan semasa operasi bersepadu 6P di sebuah pasar raya di Taman Connought, Cheras, semalam.
KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Demi cinta kepada lelaki Afrika, sekumpulan wanita warga tempatan sanggup berdepan dengan penguat kuasa Imigresen bagi 'menyelamatkan' pasangan masing-masing.
Insiden berlaku semasa operasi bersepadu 6P membanteras pendatang tanpa izin (PATI) hari ini yang menyaksikan lapan wanita tempatan berperang mulut dengan penguat kuasa, dan ada antara mereka membawa anak.
Mereka datang selepas dihubungi pasangan masing-masing yang ditahan kerana tidak membawa sebarang dokumen perjalanan yang sah dalam operasi di sebuah pasar raya di Taman Connought di sini.
Semasa proses dokumentasi dijalankan, wanita warga tempatan itu juga tergamak memaki-hamun pegawai bertugas sambil menyifatkan operasi tersebut hanya menyusahkan lelaki Afrika di negara ini. - UTUSAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment