My Add

Tuesday 14 August 2012

Denda lebih berat dera binatang

Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada awal tahun depan dengan mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah yang mendera binatang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengajak orang ramai memberi cadangan dan maklum balas mengenai draf rang undang-undang tersebut.

''Pada 19 Jun lalu, draf ini dipaparkan di Internet selama 14 hari untuk membolehkan orang ramai memberi cadangan.

''Bermula hari ini sehingga 31 Ogos pula, draf ini akan dipaparkan buat kali kedua di Internet supaya kita boleh mengumpulkan lebih banyak maklum balas daripada pelbagai pihak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr. Quaza Nizamuddin dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr. Mohd Azmie Zakaria. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment