My Add

Tuesday 14 August 2012

DRB-Hicom bina Kolej Automotif

PEKAN, SELASA, 14 Ogos, 2012: DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom) menyuntik modal sebanyak RM217 juta bagi membina kampus tetap Kolej Automotif Antarabangsa (Icam) di Kompleks Automotif DRB-Hicom di sini dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam industri automotif negara.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata kampus yang dibina di atas tanah seluas 16.9 hektar itu dijangka siap pada hujung 2015 yang dapat menampung 5,000 pelajar dan 350 tenaga kerja akademik.

Katanya pembinaan kampus itu sebahagian daripada usaha DRB-Hicom untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang automotif bagi memenuhi keperluan industri automotif negara yang berkembang pesat.

Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah Icam di sini hari ini oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Icam, milik Hicom University Sdn Bhd yang mula beroperasi di kampus sementaranya di Kompleks Automotif DRB-Hicom, Pekan selepas dirasmikan pada 2 April 2010, merupakan institusi pendidikan swasta bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang automotif. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment