My Add

Thursday 16 August 2012

Duta Teksi Pelancongan perlu berhemah musim perayaan


*SEBAHAGIAM daripada 150 orang pemandu teksi sekitar Lembah Klang yang juga peserta kursus Duta Teksi Pelancongan gembira setelah mendapat cenderamata dan saguhati pada program Cuti-Cuti 1Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012: Semua pemandu teksi di sekitar Lembah Klang terutama yang dilantik sebagai Duta Teksi Pelancongan dinasihatkan supaya memandu dengan lebih berhati-hati dan berhemah terutama pada musim perayaan ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, perkara itu tidak boleh dipandang remeh berikutan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan ketika musim itu jumlah pelancong domestik akan meningkat dan mereka lebih memilih perkhidmatan teksi sebagai kenderaan untuk pergi ke mana-mana destinasi.

''Kita tahu ketika ini akan ada pemandu yang tidak cukup tidur, ditambah pula dengan trafik sesak berbanding hari biasa. Oleh itu, kita mahu semua duta-duta dapat menitikberatkan perkara ini," - katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment