My Add

Wednesday 15 August 2012

Filem Tanda Putera ditayangkan 15 November ini

Oleh ABD AZIZ ITTAR
PETALING JAYA, RABU, 15 Ogos, 2012: Selepas ditangguhkan tayangannya kerana dikatakan berbau politik dan perkauman, filem Tanda Putera akhirnya akan ditayangkan juga di seluruh negara mulai 15 November ini.

Pengarah Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba menafikan filem itu berbau politik apatah lagi menampilkan watak tokoh politik parti pembangkang seperti Lim Kit Siang dari DAP sehingga ia mencetuskan rasa tidak puas hati pihak terbabit.

“Filem ini telah diluluskan oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem Malaysia) dan dikategorikan dalam kategori PG13. Kami mungkin akan mengadakan satu lagi tayangan supaya pihak-pihak tertentu boleh menilai sendiri filem itu nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar khas Tanda Putera yang menelan kos RM4.8 juta terbitan Pesona Pictures Sdn. Bhd. dengan kerjasama Finas dan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia itu (MDeC) di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment