My Add

Thursday 16 August 2012

Firma Malaysia diperingkat dunia

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012: Akhbar Wall Street Journal edisi Asia semalam melaporkan beberapa gergasi korporat di negara ini terlibat secara aktif dalam proses memperluaskan operasi di luar negara.

Menurut laporan bertajuk Southeast Asia Flexes Deal-Making Muscle itu, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) sedang dalam proses pengambilalihan syarikat Kanada, Progress Energy Resources Corp. dengan melibatkan kos kira-kira RM17.98 bilion (AS$5.8 bilion).

''Selain itu, Genting Bhd. menarik perhatian banyak pihak di Amerika Syarikat (AS) berikutan perancangannya untuk melaksanakan dua projek besar di negara berkenaan.

''Genting Bhd. akan membuka sebuah kasino yang menelan belanja sebanyak RM12.4 bilion (AS$4 bilion) di Aqueduct Racetrack, New York dan sebuah projek besar di Miami," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment