My Add

Wednesday 15 August 2012

Gadis ditemui mati dengan kesan cekik

*SAMSIAH Faisal menangis selepas mendapati adiknya, Sabturiah Faisal mati dipercayai dibunuh dalam kes samun di Taman Taming Jaya, Balakong di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Hasrat seorang gadis pekerja kilang untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di Sabah tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dengan kesan cekik di rumahnya di Jalan Taming 2, Taming Jaya, Balakong di sini malam tadi.

Sabturiah Faisal, 19, yang tinggal bersama kakak dan abang iparnya ditemui sudah meninggal dunia sebelum waktu berbuka puasa kira-kira pukul 7 malam.

Menurut kakak mangsa, Samsiah, 27, dia pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama adiknya namun terkejut bila menemui Sabturiah terlentang di atas lantai dalam biliknya.

“Saya balik dari kerja dan tidak sangka apabila melihat adik sudah meninggal dunia dalam bilik," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi,' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment