My Add

Monday 13 August 2012

Geng Latin Papillon ditangkap

SHAH ALAM, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Polis percaya mereka dapat menyelesaikan enam kes pecah rumah di sekitar Shah Alam dengan tertangkapnya tujuh lelaki anggota Geng Latin Papillon.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata kegiatan mereka yang mensasarkan rumah mewah di sini dipatahkan dengan tertangkapnya seorang suspek berumur 49 tahun pada pukul 8 malam 3 Ogos lepas, ketika berjalan-jalan dalam keadaan mencurigakan semasa bertembung dengan sepasukan polis yang melakukan rondaan di Seksyen 8 di sini.

Hasil siasatan ke atas suspek pertama, polis kemudiannya menahan enam lagi suspek pada 9 Ogos lepas di Kondominium Papillon Desa Hill di Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment