My Add

Tuesday 14 August 2012

Gerakan GAPS cabar PKNS

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bakal membuat gerakan besar-besaran supaya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil alih hutang pemilik rumah kos rendah yang miskin dan dan gagal melunaskan hutang.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, gerakan itu dibuat untuk mencabar PKNS membiayai hutang rumah milik rakyatnya yang tidak berkemampuan.

"Kalau mereka boleh membantu Talam Corporation mengapa PKNS tidak mampu membiayai hutang pemilik rumah kos rendah yang berpendapatan kecil dan miskin.

"Seharusnya, cabaran ini tidak sukar buat PKNS kerana jika mereka boleh membantu pemilik Talam yang bergelar jutawan, mengapa PKNS tidak boleh mengutamakan rakyat Selangor yang miskin dan memerlukan bantuan PKNS untuk melunaskan hutang mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment