My Add

Thursday 16 August 2012

Hampir 2,000 kenderaan dibawa keluar dari Langkawi

LANGKAWI,, KHAMIS, 16 Ogos, 2012:: Sebanyak 1,946 kenderaan pelbagai jenis dibawa keluar dari Langkawi ke tanah besar oleh pemiliknya yang pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Eksekutif Pentabiran Langkawi Port Sdn Bhd, Shap Hashim, berkata jumlah itu hampir menyamai jumlah kenderaan yang dibawa keluar tahun lalu melalui pelabuhan Tanjung Lembong, Langkawi ke Kuala Kedah. 

Kenderaan itu dibawa keluar oleh tiga syarikat pengendali kargo selama enam hari mulai Sabtu lalu dan berakhir hari ini, katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum ini penghantaran kenderaan dibuat melalui pelabuhan Teluk Ewa tetapi melalui Tanjung Lembong menjimatkan masa perjalanan sehingga dua jam, kata Shap.

Pulau peranginan itui bagaimanapun dijangka dibanjiri pelancong pada musim cuti perayaan dan banyak kenderaan yang dibawa keluar tidak menjejaskan industri pelancongan Langkawi. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment