My Add

Tuesday 14 August 2012

Homoseksual secara tersembunyi tetap haram

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Perbuatan maksiat termasuk homoseksual adalah haram dilakukan sama ada dibuat secara tersembunyi atau di tempat umum.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Sham Rahayu Abdul Aziz (gambar) berkata, ada maksiat yang boleh menjadi jenayah dan ada maksiat yang menjadi dosa.

Bagi kegiatan homoseksual, katanya, pandangan ijmak ulama adalah ia merupakan salah satu perbuatan maksiat dan dosa jenayahnya tidak terhapus walaupun ia dibuat di tempat tersembunyi.

Sham Rahayu turut merujuk kepada sebuah naskhah tafsir al-Quran yang dibawa bersamanya dan membacakan tafsiran beberapa potong ayat kitab suci itu bagi menjelaskan isu homoseksualiti menurut perspektif Islam.

Jelas beliau, mengikut ayat-ayat suci al-Quran, kegiatan homoseksual digambarkan antaranya sebagai jenayah yang melampaui batas dan berdosa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment