My Add

Monday 13 August 2012

Ibu tunggal enam anak harap bantuan rumah


*PEGAWAI Eksekutif Perkeso, Nor Hanani Abdul Hamid (kiri) menyampaikan bantuan kepada Che Asna Abdullah pada program Secebis Kasih Seindah Ramadan anjuran Sukarelawan Pelajar Praktikal Perkeso Alor Setar di Pendang, semalam.

PENDANG, AHAD, 12 Ogos, 2012: Kemiskinan dan masalah kesihatan yang dihadapi oleh Che Asna Abdullah menyebabkan dia terpaksa berpisah dengan empat daripada enam anaknya sejak dua tahun lalu.

Che Asna, 47, yang juga seorang ibu tunggal terpaksa menyerahkan dua anaknya kepada sebuah rumah kebajikan di Perak sementara dua lagi kini tinggal bersama keluarga angkat mereka di Pulau Pinang.

Wanita malang itu bersama dua anaknya yang berusia 18 dan 11 tahun pula terpaksa menumpang di rumah pusaka adik iparnya di Kampung Alor Berala Tobiar dekat sini bersama tujuh lagi termasuk keluarga adik dan ibu yang uzur. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment