My Add

Wednesday 15 August 2012

Jati pastikan golongan terpinggir tidak diresapi

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jalur Tiga (Jati) berhasrat memastikan masyarakat Islam terutama golongan terpinggir tidak akan diresapi elemen murtad melalui penubuhan Yayasan Murni Akidah organisasi itu.

Presidennya, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, semangat itu berasaskan kepada kejayaannya menyelamatkan sebilangan umat Islam yang melalui proses pemurtadan selaku Exco Selangor dalam kes Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kira-kira genap setahun lalu.

Melalui yayasan itu, katanya, anggota Jati akan bergerak secara strategik di setiap peringkat bagi memantau keperluan masyarakat Islam yang terpinggir serta mudah diresapi oleh elemen-elemen murtad dan pemesongan akidah.

"Yayasan ini sedang membuat pengelasan (profiling) mengenai golongan yang sering menjadi sasaran murtad seperti mereka yang menghidap penyakit AIDS dan HIV, sakit tenat serta miskin yang kebanyakannya juga terdiri daripada masyarakat Melayu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment