My Add

Sunday 12 August 2012

Jerebu bertambah teruk di Pulau. Pinang

GEORGE TOWN, AHAD, 12 Ogos, 2012: Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak beberapa hari lepas bertambah teruk hari ini yang berpunca dari kebakaran yang berlaku di Sumatera.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata Pulau Pinang dilanda jerebu tahap sederhana dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sekitar 76 hingga 96 sehingga pukul 11 pagi tadi berbanding hanya 64 hingga 94 pada pukul 5 petang semalam.

"Di Sumatera terdapat lebih 200 kawasan yang mudah terbakar semasa cuaca panas dan angin monsun membawa asap kebakaran itu melintasi sempadan Semenanjung termasuk negeri ini,” katanya ketika dihubungi Bernama. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment