My Add

Tuesday 14 August 2012

Jerebu dijangka berlanjutan hingga lepas raya

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka seperti membakar sampah sarap dan melakukan kerja-kerja pertanian berikutan masalah jerebu tebal di utara Malaysia.

Sehingga 11 pagi ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan tiga kawasan yang tidak sihat semalam berada pada tahap sederhana hari ini dengan catatan terbaru iaitu Klang (IPU 78), Kedah (IPU 76) dan Kangar (IPU 73).

Ketua Pengarahnya, Halimah Hassan berkata, jerebu kali ini berpunca daripada pencemaran yang merentasi sempadan kerana bilangan titik panas di Sumatera telah meningkat kepada 163 semalam.

"Laporan Pusat Meteorologi ASEAN (ASMC) semalam juga menunjukkan kejadian lingkaran jerebu meliputi Selat Melaka dan negeri sebelah utara pantai barat Semenanjung," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment