My Add

Thursday 16 August 2012

JPJ tumpu operasi terhadap motosikal

SEREMBAN, KHAMIS, 16 Ogos, 2o12: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan saman terhadap 73 kereta dan 37 motosikal kerana pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu motosikal di Plaza Tol Senawang di sini, malam tadi. 

Pengarahnya, Saiful Azzri Hamzah, berkata dalam operasi itu dua kereta dan enam motosikal turut disita kerana didapati cukai jalan tamat tempoh.
"Antara kesalahan yang banyak dikesan ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan kesalahan teknikal yang lain. Malah ada juga pengguna yang didapati melakukan kesalahan mengubah suai kenderaan dan sebagainya.

"Anggota AADK turut menahan dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal kerana didapati positif dadah setelah ujian air kencing dijalankan terhadap mereka," katanya di sini, hari ini..

Operasi tiga jam bermula 9 malam itu disertai 50 anggota termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment