My Add

Monday 20 August 2012

Juadah tradisi Malaysia meriah sambutan Aidilfitri di Jakarta

JAKARTA, AHAD, 19 Ogos, 2012:: Rakyat Malaysia yang menyambut Aidilfitri di sini turut merasai kemeriahan suasana itu seperti di tanah air apabila menghadiri majlis jamuan Hari Raya anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, hari ini.

Juadah tradisi Malaysia seperti lemang, ketupat dan rendang, sate, nasi minyak, kuey teow goreng, kek raya, dadih serta teh tarik adalah antara hidangan yang dinikmati rakyat Malaysia pada majlis sambutan perayaan itu.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan ister,i Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail AlJaffree serta Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, Datuk Hasnudin Hamzah dan isteri Datin Rusnah Ismail menyertai kira-kira 400 rakyat Malaysia pada majlis itu.

Juadah hari raya itu disediakan anggota Persatuan Wanita Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia atau nama ringkasnya Perwakilan yang dipengerusikan Sharifah Ikhlas.

Sambutan dimulakan dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diadakan di foyer utama Kedutaan Besar Malaysia di sini, pagi ini.

Perdana Menter,i Datuk Seri Najib Razak dijadual mengadakan sidang video dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, petang ini.-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment