My Add

Monday 13 August 2012

Karpal dicabar buktikan perkataan 'sekular' dalam Perlembagaan


*AMINDDIN Yahaya (tiga dari kiri) bersama wakil-wakil pertubuhan Islam mendesak Karpal Singh supaya membuktikan adanya perkataan sekular di dalam Perlembagaan negara di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN-MOHD. NOOR MAT AMIN

KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Ogos, 2012: Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar membuktikan perkataan 'sekular' yang dilaung-laungkan selama ini adalah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya kesal apabila pemimpin DAP itu berulang kali mengatakan Malaysia adalah negara sekular sedangkan Perlembagaan telah menetapkan Islam adalah 'Agama Negara'.

"Saya mencabar Karpal Singh untuk membuktikan adanya perkataan sekular di dalam Perlembagaan Persekutuan, sekiranya dia gagal, saya minta dia meletakkan jawatan dalam DAP dan membubarkan parti itu yang tidak putus-putus memperjuangkan agenda sekular di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment