My Add

Monday 20 August 2012

Kedutaan Malaysia di Syria diarah tutup sementara

Malaysia kesal tindakan liar, komen provokatif di Indonesia
PUTRAJAYA, AHAD, 19 Ogos, 2012: Kementerian Luar mengarahkan kedutaan Malaysia di Syria ditutup buat sementara waktu berikutan konflik dalam negeri di negara itu yang semakin meruncing, kata Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman.

Namun katanya, buat masa ini kedutaan Malaysia di Damsyik tidak dapat ditutup sepenuhnya kerana masih terdapat lapan pelajar negara ini di Syria yang enggan pulang.

Terdapat seramai 130 pelajar Malaysia berdaftar dengan pihak kedutaan dan 107 daripadanya dibawa pulang kerajaan melalui proses evakuasi, tujuh orang pulang dengan sendiri dan lapan lagi sedang bercuti.

"Buat masa ini tak boleh tutup sepenuhnya kerana pegawai kita di Syria perlu menguruskan rakyat Malaysia yang ada di sana," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Menteri-menteri Kabinet di Seri Perdana di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anifah berkata, tuduhan pembangkang bahawa beliau banyak menghabiskan masa di Kota Kinabalu, Sabah berbanding di Kuala Lumpur adalah tidak berasas sama sekali.

"Periksa dulu fail baru cakap," katanya mengulas kenyataan pembangkang yang mahu beliau meletak jawatan kerana dikatakan kerap berada di Sabah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment