My Add

Sunday 12 August 2012

Kelab Putera bantu etnik Rohingya


*ABDUL Azeez Abdul Rahim menunjukkan peta sempadan Myanmar-Bangladesh yang akan dimasuki oleh misi bantuan kemanusiaan etnik Rohingya pada sidang media di Pejabat Kelab Putera 1Malaysia Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/ SAIFUL BAHARI ASHARI

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR. SABTU, 11 Ogos, 2012: Kelab Putera 1Malaysia akan memasuki sempadan Myanmar dan Bangladesh bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Islam Rohingya dalam waktu terdekat.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, misi kali ke-27 yang bakal dijalankan kelab itu akan dimulakan dengan memasuki Bangladesh bagi menghantar bantuan kepada kira-kira 40,000 pelarian yang telah menempatkan khemah masing-masing di negara sempadan itu.

Katanya, pihaknya akan menyerahkan barangan keperluan misi bantuan kepada tiga kem pelarian yang hanya dua kilometer dari sempadan Myanmar iaitu Kem Kuputapalong, Kem Nayapara dan Kem Teknas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment