My Add

Thursday 16 August 2012

Kenyataan penuh Anuar Shaari

  Anuar Shaari
KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012:
BERIKUT ialah kenyataan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berhubung komplot memfitnah Perdana Menteri.

1. Saya difahamkan bahawa M. Puravalen telah menghantar surat saman kepada akhbar The New Straits Times (NST) kerana membuat liputan pendedahan Raja Petra mengenai komplot untuk memfitnah Perdana Menteri. Raja Petra mendakwa pada 2 Julai 2008, R. Sivarasa telah menjemput beliau untuk bertemu buat pertama kali dengan Balasubramaniam di rumah M. Puravalen.

2. Namun timbul tanda tanya di sini, mengapa M. Puravalen mahu menyaman NST tetapi tidak berani menyaman Raja Petra. Raja Petra yang mendakwa Puravalen bersama Sivarasa terlibat dalam komplot memfitnah Perdana Menteri, bukannya NST. NST hanya melaporkan berita yang berunsur kepentingan negara atau 'fair reporting'. Apakah Sivarasa dan Puravalen ada imuniti dari sebarang laporan media.

3. Kita juga hairan mengapa Puravalen tidak membuat sebarang penafian secara terbuka di dalam akhbar terhadap dakwaan Raja Petra. Soalnya di sini, mengapa Puravalen hanya mahu saman tetapi tidak menafikan dakwaan tersebut.

4. Justeru itu, kita meminta pihak polis menyiasat dakwaan Raja Petra ini dengan kadar segera kerana ia membabitkan kepentingan umum dan negara. Jika dakwaan ini berasas, tindakan undang-undang perlu diambil terhadap mereka yang terlibat demi rakyat serta kedaulatan undang-undang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment