My Add

Tuesday 14 August 2012

Kertas siasatan kanak-kanak mati ditindih diserah kepada TPP

BUKIT MERTAJAM, SELASA, 14 Ogos, 2012: Polis menyerahkan kertas siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati akibat ditindih di Bukit Minyak baru-baru ini kepada Timbalan Pendakwa Raya.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata kertas siasatan itu diserah semalam dan kini terpulang kepada pihak pendakwa raya untuk mendakwa lapan individu berusia antara 20 dan 60 tahun yang terbabit dalam kes terbabit.

"Polis merekodkan keterangan daripada 15 saksi untuk melengkapkan kertas siasatan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5 Ogos lalu, Chuah Wan Xuan, menjadi mangsa satu ritual pelik apabila ditindih sehingga mati oleh lapan orang dewasa yang terdiri daripada anggota keluarga dan seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di sebuah rumah dua tingkat milik keluarga terbabit di Taman Bukit Minyak, Bukit Tengah dekat sini, yang dipercayai bermula dari jam 2 pagi hingga 10 malam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment