My Add

Tuesday 14 August 2012

Kes dana Parlimen: Keputusan pada tarikh lain

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, SELASA, 14 Ogos, 2012: Mahkamah Persekutuan akan menentukan pada satu tarikh lain rayuan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj sama ada beliau dibenar mencabar keputusan kerajaan berhubung pemberian peruntukan pembangunan untuk kawasannya.

Pada tarikh itu, mahkamah tertinggi negara akan menentukan sama ada permohonan semakan kehakiman ahli Parlimen tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan atau;

Mahkamah akan menentukan persoalan undang-undang sama ada keputusan pemberian peruntukan khas kawasan parlimen berdasarkan kepada pertimbangan polisi atau pengurusan prerogatif, tidak boleh dicabar atau sebaliknya.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif menangguhkan keputusan pada satu tarikh yang akan ditetapkan selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak hari ini.

Turut bersidang, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ahmad Maarop.

Michael merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 10 Oktober tahun lalu yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) membenarkan beliau membuat permohonan semakan kehakiman. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment