My Add

Monday 6 August 2012

Ketabahan ibu jaga 5 anak terencat akal

*TUAN Jamilah Tuan Besar (kiri) bersama suaminya, Syed Mohd. Yatim Tuan Ngah (kanan) menjaga lima anak mereka yang terencat akal di Kampung Raja, Cendering, Kuala Terengganu, kelmarin.


Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
KUALA TERENGGANU 5 Ogos - Tiada suasana riang berbuka puasa bersama anak-anak dan kemeriahan Aidilfitri yang dinanti bagi Tuan Jamilah Tuan Besar, 52, dan suaminya, Syed Mohd. Yatim Tuan Ngah, 56, sejak tiga dekad lalu.

Ini kerana pasangan itu yang menetap di Kampung Raja Cendering dekat sini berdepan dengan dugaan yang sangat berat apabila lima daripada tujuh anak mereka dilahirkan terencat akal.

Namun bagi Tuan Jamilah, kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak membuatkannya terus bertahan walaupun ada kalanya beban itu bagaikan tidak tertanggung. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment