My Add

Wednesday 15 August 2012

KLK terbit sukuk RM1 bilion

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Kuala Lumpur Kepong Bhd. (KLK) menerbitkan sukuk bernilai RM1 bilion untuk tempoh 10 tahun di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islamik (IMTN).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KLK, pengumuman awal transaksi itu ialah RM750 juta tetapi saiznya ditingkatkan kepada RM1 bilion kerana permintaan pelabur yang amat menggalakkan.

"CIMB Investment Bank Bhd. (CIMB) dan Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB) bertindak sebagai penasihat utama bersama, pengatur utama bersama, pengurus utama bersama dan penerima langganan bersama bagi ITMN," katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

KLK adalah perbadanan multinasional Malaysia yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd. dengan modal pasaran kira-kira RM22.5 bilion pada 30 September 2011. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment