My Add

Wednesday 15 August 2012

KTB tawar 40,000 tiket, Sani sedia 58 trip sehari

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Syarikat konsortium bas ekspres, Konsortium Transnasional Bhd. (KTB) menyediakan 40,000 tiket bagi perjalanan ke semua destinasi di seluruh Semenanjung sempena Aidilfitri kali ini.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasinya, Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata, jumlah itu merangkumi ketiga-tiga perkhidmatan bas ekspres di bawah KTB iaitu Transnasional, Plusliner dan Nice.

Katanya, bagi perkhidmatan bas Transnasional KTB sebanyak 30,000 tiket sempena hari raya disediakan berbanding hanya 24,000 tiket pada hari biasa.

"Bagi Plusliner pula kita sediakan sebanyak 9,000 tiket berbanding hanya 6,500 tiket untuk hari biasa dan Nice hanya 1,000 tiket iaitu lebihan 200 tiket dari hari biasa.

"Dalam memastikan semua perjalanan operasi berjalan lancar, kesemua 700 bas milik KTB akan digunakan dan untuk menampung peningkatan permintaan, beberapa tambahan trip bagi laluan-laluan yang mendapat permintaan tinggi akan ditetapkan," katanya ketika ditemui di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment