My Add

Wednesday 15 August 2012

Kualiti udara baik tetapi belum stabil: JAS

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ofos, 2012: Status kualiti udara di beberapa kawasan di sebelah utara dan pantai barat Semenanjung Malaysia hari ini bertambah baik dengan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

\Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata bagaimanapun, kualiti udara itu masih belum stabil kerana cuaca panas berterusan di rantau ini menyebabkan berlakunya kebakaran tempatan dan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia.

Sehingga semalam, bilangan titik panas di Sumatera meningkat secara mendadak kepada 428 berbanding 310 pada hari sebelumnya, kata JAS dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu laporan peta jerebu serantau menunjukkan wujudnya lingkaran jerebu sederhana di pantai timur Sumatera Tengah serta merangkumi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.

Bacaan IPU di 51 stesen pengawasan kualiti udara JAS pada 11 pagi tadi menunjukkan 17 lokasi berada pada tahap baik, 34 pada tahap sederhana dan tiada lokasi mencatatkan IPU tidak sihat.

Kenyataan itu turut menyebut beberapa kes kebakaran setempat yang berlaku semalam dipercayai berpunca daripada aktiviti pembersihan tanah secara haram. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment