My Add

Monday 13 August 2012

Kualiti udara di seluruh negara semakin baik

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Kualiti udara di seluruh negara semakin baik hari ini dengan hanya Seberang Perai 2 sahaja yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga 11 pagi tadi.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laman webnya www.doe.gov.my menyatakan sebanyak 56 peratus kawasan di seluruh negara berada pada bacaan IPU sederhana manakala 44 peratus lagi di tahap baik.

Sebanyak 22 kawasan mencatat IPU baik, IPU sederhana (29) manakala Seberang Perai 2 mencatatkan bacaan 101.

Antara kawasan yang mencatat IPU sederhana ialah Langkawi dengan bacaan 92, Pelabuhan Klang (84), Kangar, Alor Setar dan Bakar Arang masing-masing mencatat 82.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment