My Add

Monday 13 August 2012

L Monorel mohon maaf atas kejadian tren terkandas

KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Ogos, 2012: KL StarRail Sdn. Bhd., operator pengangkutan awam KL Monorail Services memohon maaf atas kesulitan dihadapi 183 penumpang setelah tren dinaiki mereka mengalami kerosakan di landasan berhampiran Wisma Monorel, Jalan Tebing, Brickfields di sini semalam.

Ketua Pengarah Operasi KL StarRail Sdn. Bhd., Abdul Hadi Amran berkata, pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku tetapi menegaskan bahawa kesemua tren telah diperiksa dengan teliti terlebih dahulu sebelum dibenar memulakan operasi harian.

"Pihak kami mempunyai prosedur keselamatan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang.

"Hanya tren yang telah lulus prosedur terbabit dibenarkan beroperasi bagi tujuan mengangkut penumpang," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment