My Add

Monday 13 August 2012

Lapan ah long dicekup polis

IPOH, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Lapan orang termasuk dua wanita yang dipercayai anggota sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ”ah long”, diberkas di sekitar bandar raya ini minggu lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata semua suspek berusia antara 21 dan 34 tahun itu ditahan dalam tempoh tiga hari bermula 8 Ogos lepas susulan maklumat awam.

Tumpasnya sindiket itu bermula dengan penangkapan tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta pada 8 Ogos lalu di bandar raya ini, yang membawa kepada penahanan lima lagi termasuk dua wanita di sebuah premis dan hotel pada 9 dan 10 Ogos, katanya pada sidang media, di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment