My Add

Monday 13 August 2012

Lebih beban mungkin punca monorel rosak

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Kejadian monorel rosak dan tersangkut di landasan di Brickfields pada Sabtu lepas mungkin berpunca daripada bebanan berlebihan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata ini kerana pihaknya mendapati sistem brek tidak dapat dilepaskan sekalipun selepas menggunakan alat membebaskan brek di dalam monorel serta melalui alat kawalan jauh di stesen kawalan.

”Brek yang mencengkam hanya dapat dilepaskan selepas kami mendapatkan bantuan daripada pasukan mekanikal daripada Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), selaku penyedia perkhidmatan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata beban berlebihan mungkin punca enjin monorel itu berhenti secara tiba-tiba dan sistem brek mencengkam dengan mengejut.

Sehubungan itu beliau menyarankan agar Prasana melihat semula Prosedur Operasi Standard (SOP) perkhidmatan monorel bagi mengelak kejadian berulang. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment