My Add

Wednesday 15 August 2012

Legenda badminton Punch Gunalan meninggal

KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012: Bekas bintang badminton Malaysia, Datuk Punch Gunalan, 68, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini pagi ini selepas bertarung dengan penyakit.

Penglibatan cemerlang Punch Gunalan dalam sukan badminton bermula pada awal 1960-an dengan menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, bergu dan bergu campuran (1961-1963).

Beliau juga menjadi juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962. Pada 1970, Punch Gunalan mewakili skuad Piala Thomas dan sekali lagi pada 1973. Punch Gunalan memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970.

Pada tahun 1974, beliau cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment