My Add

Sunday 12 August 2012

Lelaki Myanmar ditemui mati ditikam

KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Ogos, 2012: Serang lelaki warga Myanmar dijumpai mati dipercayai dibunuh dengan kesan tikaman di dada di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Midah, Cheras, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, polis menerima maklumat daripada rakan serumah mangsa pada 11.40 malam itu dan dipercayai mangsa terlibat dalam satu pergaduhan.

"Mangsa berumur dalam lingkuan 20 tahun ditemui mati dalam keadaan terlentang di bahagian ruang tamu tingkat dua di rumah teres itu. Polis juga turut menemui dua bilah pisau di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment