My Add

Monday 20 August 2012

Mahu lapor kemalangan: Peniaga dibelasah

GEORGE TOWN, ISNIN, 20 Ogos, 2012; Seorang peniaga dibelasah oleh sekumpulan lelaki kerana ingin membuat laporan polis selepas keretanya dilanggar oleh seorang pemandu di Jalan Tanjung Tokong, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, mangsa, Khor Jin Leng, 39, berkata, beliau ingin membuat laporan polis sejurus keretanya dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang di persimpangan lampu isyarat di situ.

Bagaimanapun katanya, pemandu kereta berkenaan tidak puas hati dengan tindakannya dan terus mengetuk cermin keretanya dengan tangan sebelum beredar.

Ketika meneruskan perjalanan, Jin Leng berkata, keretanya tiba-tiba dikejar dan ditahan oleh kira-kira 10 lelaki bermotosikal di depan hotel Tanjung Bungah.

Beliau diserang dan dipukul oleh kumpulan lelaki berkenaan dengan topi keledar dan keretanya dirosakkan dan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM10,000.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment