My Add

Tuesday 14 August 2012

Makna belanja RM2 juta sebulan perangi kanser

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Majlis Kanser Nasional (Makna) membelanjakan RM2 juta setiap bulan dalam usaha mencegah dan memerangi penyakit kanser di negara ini, kata presidennya Datuk Mohd Farid Ariffin.

Secara purata, jumlah tersebut digunakan bagi tujuan membantu pesakit kanser di 78 hospital di seluruh negara, mengadakan kempen kesedaran serta menjalin kerjasama penyelidikan kanser dengan institusi pengajian tinggi tempatan.

Mohd Farid berkata penyakit kanser boleh dijangkiti di mana-mana bahagian tubuh badan dan memerlukan kos yang besar untuk mengubati dan merawatnya.

"Justeru, Makna perlu bekerja keras untuk mengumpul dan memastikan dana sentiasa mencukupi demi membantu pesakit kanser membiayai rawatan,” katanya kepada pemberita pada hari terakhir ”Kempen Jom Botak” anjuran Makna, di sini hari ini.

Kempen yang dilancarkan sejak 1 Jun itu bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap penyakit kanser dan berjaya mengumpul dana berjumlah RM235,000. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment