My Add

Monday 13 August 2012

Mangsa kelar sempat lari 100 meter sebelum mati

KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Ogos, 201: Seorang pemuda warga Myanmar sempat melarikan diri kira-kira 100 meter bagi menyelamatkan diri sebelum dia ditemui mati akibat dikelar dalam satu pergaduhan di sebuah kafe Internet di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini malam tadi.

Mangsa yang berusia 27 tahun ditemui dengan kesan kelar di leher dipercayai menggunakan senjata tajam pada pukul 8.15 malam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa yang memakai baju T kelabu dan berseluar pendek dikelar dengan menggunakan senjata tajam.

“Bagaimanapun, polis tidak menemui senjata yang digunakan untuk menyerang mangsa di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Difahamkan, mangsa memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) bergaduh dengan suspek di sebuah pusat snuker yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat mayatnya ditemui. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment