My Add

Monday 6 August 2012

Mangsa kemalangan rayu bantuan


*AZNI Rokhail (dua dari kanan) menerima bantuan daripada Othman Mohd. Nordin pada program Secebis Kasih Seindah Ramadan anjuran Sukarelawan Pelajar Praktikal Perkeso Alor Setar di Kampung Sungai Nanong, Kuala Kedah, semalam.

ALOR SETAR 5 Ogos - Nasib seorang gadis periang yang pernah menjadi harapan keluarga sebelum ini kini berubah apabila dia pula terpaksa bergantung hidup kepada bapanya yang hanya bekerja sebagai seorang nelayan di Kuala Kedah.

Gadis tersebut, Azni Rokhail Shamsuddin, 27, kehilangan kerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Sungai Petani sejak dua tahun lalu setelah terbabit dalam satu kemalangan.

Apa yang menyedihkan, hidup keluarga gadis itu serba daif memandangkan bapanya, Shamsuddin Murad, 63, berpendapatan tidak menentu kerana hanya bergantung kepada upah ke laut yang kebiasaannya kurang daripada RM300 sebulan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment