My Add

Monday 6 August 2012

Masalah air bersih di Kelantan dijangka meruncing

TUMPAT, AHAD, 05 Ogos, 2012: Kerajaan Pas Kelantan terus didesak mengambil tindakan drastik bagi menyelesaikan segera masalah air bersih yang membelenggu rakyat negeri ini lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, masalah itu dijangka bertambah buruk jika tiada sebarang alternatif diambil memandangkan ramai anak Kelantan di perantauan akan pulang menyambut perayaan di kampung tidak lama lagi.

"Gangguan bekalan air sekarang ini semakin menjadi-jadi, berlarutan hingga empat, lima hari dan di beberapa tempat bekalan air masih tidak menentu dengan tekanan amat rendah.

"Keadaan ini sudah semestinya merumit dan menyukarkan setiap pengguna. Cuba bayangkan kalau masalah bekalan air terputus berterusan sehingga Aidilfitri ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment