My Add

Wednesday 15 August 2012

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin cipta sejarah

Oleh HASNURUL MOHAMED
PUTRAJAYA, RABU, 15 Ogos, 2012: Tidak pernah dibuat di mana-mana negara Islam di dunia tetapi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri sebagai masjid pertama di Malaysia dan di dunia yang menyediakan perkhidmatan kaunter pandu lalu bayar zakat fitrah.

Imam Besar masjid tersebut, Hazarudin Baharudin menjelaskan, semuanya dilakukan atas dasar Islam merupakan agama yang cukup mudah.

"Umat Islam yang sebelum ini terpaksa singgah di masjid-masjid untuk membayar zakat fitrah kini tidak lagi perlu berbuat demikian.

"Mereka boleh membuat pembayaran zakat fitrah di kaunter pandu lalu yang terdapat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini," katanya dalam satu temu bual khas dengan Utusan Online di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, pembukaan kaunter pandu lalu zakat fitrah itu bermula sejak 1 Ramadan tetapi akhir-akhir ini, orang ramai menyedari kemudahan yang disediakan itu menyebabkan kaunter yang sebelum ini tidak beroperasi pada hari Jumaat, turut dibuka pada hari Jumaat.

Waktu operasinya dari pukul 9 pagi sehingga 5.30 petang tetapi jika ada keperluan menuntut, kaunter mula beroperasi seawal pukul 7 pagi, ujarnya lagi.

Ikuti video temua bual khas dengan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, amil dan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut dihttp://xtive.utusan.com.my/video.php?v=645 - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment