My Add

Saturday 11 August 2012

Mayat lelaki ditemui terperosok dalam longkang

PADANG SERAI, SABTU, 11 Ogos, 2012: Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa kemalangan jalan raya ditemui terperosok dalam sebuah longkang berhampiran Jalan Padang Meha-Batu Puteh dekat sini petang semalam.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata mayat lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu masih belum di kenal pasti identitinya.

Katanya, mangsa yang dipercayai terbabit dalam satu kemalangan dalam tempoh 24 jam lalu itu ditemui kira-kira jam 7 petang bersama sebuah motosikal dalam keadaan terbalik tidak jauh daripada mayat.

"Badan mangsa didapati berlumuran darah. Penduduk berdekatan di tempat kejadian memaklumkan kepada polis mengenai penemuan mayat tersebut," katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi hari ini.

Polis percaya mangsa terbabas ketika menunggang motosikal melalui kawasan itu dan tercampak ke dalam longkang tanah yang dibina pemilik ladang kelapa sawit di situ.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment